Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Thursday, 23 June 2011

Pusingan 3, 2011 Malaysian Cub Prix

Setelah ditangguhkan untuk venue Pusingan 2, Kuala Terengganu ditempatkan sebagai lokasi untuk Pusingan
3 yang mana Perkarangan Stadium Sultan Mizan menjadi medan untuk setiap pasukan mengukuhkan
kedudukan masing-masing didalam MCP ini.



Track di KT ini sesungguhnya memerlukan skill dan ketahanan motor yang sempurna yang mana boleh dikategori kan track tactical, bagi Zaqwan beliau tidak banyak menghadapi masalah untuk berikan terbaik
di track ini dan Amir mengambil langkah Playsafe untuk memberi ruang kepada Zaqhwan untuk berada
dihadapan.



Bagi CP115, sekali lagi Yo gagal layak ke Final diatas masalah jenteranya yang berulang, manakala Afiq 
Rahmat yang menunggang jentera #66 berjaya layak ke Final.Walaubagaimanapun beliau hanya berjaya 
menamatkan perlumbaan di tangga ke 16.


Bagi Final CP130 pula, Zaqhwan berjaya duduk di petak ke 3, manakala Amir di petak ke 13 tetapi malang 
sekali lagi buat Zaqhwan apabila setelah menempuh 4-5 pusingan, jentera seakan hilang momentum untuk 
membuat pecutan jarak pendek dan pada garisan penamat beliau hanya berjaya berada di tempat ke 5
manakala Amir pula hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke 11.Ini memandangkan litar ini
mempunyai ruang yang kecil untuk melakukan pintasan dan ini diambil pelumba untuk lebih fokus dengan
 setiap selekoh yang dibuat...



Dengan keseluruhan mata terkumpul sebanyak 36 mata bagi Zaqhwan serta 25 mata terkumpul dari Amir,
kini Pachie Honda Yuzy Racing masih memduduki tangga ke 2 didalam ranking pasukan iaitu sebanyak 62
mata berjaya diperolehi..Tahniah diucapkan..



No comments:

Post a Comment