Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Thursday 13 October 2011

ROUND 4, 2011 ASIA ROAD RACING CHAMPIONSHIP

Berlokasi di Autopolis International Circuit yang terletak di Ako, Funamoto Japan, rata-rata ianya merupakan
kali pertama Yuzy Racing menjejaki kaki di bumi Japan, dimana perjalanan mengambil masa hampir 12 jam
yang bermula di KLIA dengan 2 kali transit iaitu di Hong Kong dan di Taiwan melalui penerbangan Cathay
Pacific tertapi itu bukan lah penghalang bagi pasukan untuk melengkapkan misi di Pusingan  4 ini.



Dengan litar yang sejauh 3.022km , suhu yang berada sekitar 28-29 degrees adalah suasaha yang amat bagi pelumba menyesuaikan diri di Autopolis, cuma dari segi pemakanan sahaja menimbulkan sedikit masalah 
tetapi Shahrol Yuzy telah membekal makanan tempatan agar tahap kesihatan pasukannya berada didalam 
kondusi yang baik.



Berbalik pada sesi ujian masa bagi kategori yang disertai pasukan  (Underbone 115cc), setelah melalui
2 ujian masa, Zaqhwan hanya mampu berada dikedudukan ke 12 dengan cacatan masa 1minit 34.522saat
manakala Amirul Ariff hanya mampu berada di kedudukan petak ke 15 dengan masa 1minit 34.652saat.




Pada hari perlumbaan yang pertama dengan pelarasan terbaik dilalukan oleh crew pasukanm], Zaqhwan 
hanya mampu menghabiskan perlumbaan kedudukan ke 11 dan manakala jentera Amirul Ariff gagal 
berfungsi dengan baik ketika perlumbaan yang menyebabkan beliau hanya melalui 3 pusingan sahaja.
Pada perlumbaan kedua pula Zaqhwan yang bermula dengan baik dan mampu mengejar kelompok 
dihadapan tetapi sedikit kesilapan ketika melepasi selekoh terakhir pada seawal 4 pusingan menyebabkan 
beliau gagal meneruskan perlumbaan, manakala Amirul Ariff berjaya berada kedudukan ke 8 pada 
perlumbaan kedua. Seterusnya perlumbaan akan berlangsung pada 14-16 October di Zhuhai, China.