Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Wednesday 27 April 2011

Sponsorship Yuzy Racing

Setelah serba sedikit berkenaan dengan Yuzy Racing, kini gelaran untuk mengetahui barisan-
barisan penaja bagi tahun 2011 ini.
Penaja 1:-
Boon Siew Honda

Honda merupakan syarikat pengeluar motosikal yang berada di Malaysia.Honda 
berbesar hati penaja jentera Yuzy Racing bermula pada tahun 2011. Jentera Wave 110 digunakan bagi kategori CP115 dan Wave 125x Ultimo pula
disediakan bagi kategori CP130.Pihak Honda juga bebesar hati dengan 
menyediakan alat ganti tulen serta khidmat nasihat sepanjang tempoh
penajaan.Untu ketahui tentang honda bolehlah layari laman web ini  http://www.boonsiewhonda.com.my





 
Honda Wave 125x Ultimo

Honda Wave 110


Penaja 2
Pachi International Corporation Sdn Bhd

Ingin dikenali sebagai branding name "Pachie", syarikat ini telah bersama 
dengan Yuzy Racing sejak tahun 2008.Merupakan syarikat bumiputera yang
menghasilkan pelbagai kompenan kenderaan awam yang mana mempunyai
pengaruh besar di benua Asia dan benua Eropah. Dengan motif di Yuzy Racing
sebagai perantaran penajaan nama syarikat, Pachie berbesar hati menyumbang
sebahagian dana untuk perjalanan operasi Yuzy Racing didalam arena sukan 
permotoran. 

Penaja-Penaja lain:-


Racing Boy
Merupakan syarikat yang megeluarkan produk2 berasakan 
kompenan motorsikal.RC berbesar hati untuk bersama  didalam 
penyediaan produknya kepada Yuzy Racing

Faito juga berbesar hati untuk penajaan Yuzy Racing, dengan menjadikan
kompenan motorsikal sebagai produk mereka, ianya juga menjadikan
Yuzy racing sebagai perantaraan kepada jenama Faito.


MOTOdotMANIA merupakan majalah keluaran tempatan yang memperjuangkan
isu-isu yang berkaitan dengan sukan permotoran (dua pacuan).Terpanggil
dengan pejenamaan majalah mereka, MOTOdotMANIA memastikan segala
berita tentang perjalanan Yuzy racing tercatat pada keluaran majalah mereka.


Berikut adalah keterangan ringkas berkenaan dengan pihak yang menaja 
Yuzy Racing dan sebagai kesimpulan admin yang juga wakil kepada
Shahrol Yuzy and team mengucapkan "TERIMA KASIH" yang tak terhingga 
didalam memastikan Yuzy racing terus berdaya saing didalam dunia sukan
permotoran ini.. 









Tuesday 26 April 2011

CARTA PASUKAN YUZY RACING


Berikut adalah barisan pasukan Yuzy Racing.
Dimulakan dengan Shahrol Yuzy sebagai Pengurus
dan diikuti Chief sebagai ketua mekanik.
Esan, Budiman, Azmi dan Zul merupakan barisan
"the mechanic" Yuzy Racing dan dari kiri bahagian
bawah adalah barisan pelumba Yuzy racing iaitu
Afiq, Zaqhwan, Amir dan Yo.

Inilah barisan yang merupakan nadi pasukan Yuzy Racing.Setiap individu didalam pasukan mempunyai
tugas dan tanggungjawab sendiri.Shahrol Yuzy juga
sangat2 menitikberatkan displin tetapi didalam yang sama mahukan mereka enjoy dengan ape yang mereka lakukan...(Macamana tu???)Hanya mereka
dan keluarga mereka je yang tahu...hehehehe.......





Dimasa akan datang admin akan sertakan Close Up
Interview bersama mereka untuk mengenal lebih
terperinci Keperibadian dan latar belakang
mereka...Maklumlah admin jumpe mereka2 nie
pun time practice dan time event je...Peace bro....

Misi, Visi dan Objektif Yuzy Racing

Setiap penubuhan sesuatu pasukan mestilah ada misi, visi dan objektifnya bagi meletakkan halatuju pasukan,
begitu jugaklah dengan Yuzy Racing.....

Berikut adalah penerangannya(sorry dalam english mode, bak kata Usop Wilcha" Itu pentingnya English Education!"....)

MISSION AND VISION

After five (5) seasons in the Malaysian Cub Prix
Championship and a few rounds in Asian
Motorcycle Championship, YUZY RACING
aims for the coveted all-round championship title;
“Overall Champion and Team Award”.
To achieve this, investment and research and
development(R&D) has been successfully
amplified. Strategy coordination and potential
racer selections are also a main priority.








OBJECTIVE

Based on the achievements in the Malaysian Cub
Prix Championship and its competence in Asia
Road Racing Championship, YUZY RACING main
objective is to develop a team to compete in
MotoGPwithin the coming three (3) years. (INSYA ALLAH)...








Perkara diatas bukanlah mustahil untuk dilaksanakan selagi team berkerjasama, dan dengan sokongan dari
pihak penaja diharapkan semuanya berjalan lancar...AMIN.....




Dimana Markas Operasi Yuzy Racing???????????

Setelah Shahrol Yuzy menamatkan karier beliau di motoGP, dengan berbekalkan modal yang ada maka wujudlah sebuah bengkel yang mana kini menjadi markas operasi bagi Yuzy racing, start bile bengkelnya
dibuka tak pula lah admin menanyakan....kalau nanti dah tahu admin kasi update balik...hahahaha...
Berikut alamatnya dan sedikit gambaran bengkel beliau....


 Bengkel Shahrol Yuzy
Yuzy Racing Office

 Meeting Area

 tempat "the mechanic" berkarya

YUZY RACING / PACHIE MOTORSPORTS
No. G14, JalanPutra Perdana1/3
Taman Putra Perdana
47100 Puchong
Selangor, Malaysia.
Tel : +603-8318 6062
H/P : +6012-3165706
Fax : +603-8318 6062
Email : shahrolyuzy@yahoo.com

so sesiapa yang rasenya nak servis motor, boleh lah datang, nak free takdelah, tapi harga boleh bagi best price punyer, tentang kualiti( try dulu baru tahu), dan bengkel nie tutup hari jumaat, nak lebih confirm keep a call k.....

Sejarah Penubuhan Yuzy Racing

Berikut adalah serba sedikit maklumat penubuhan Yuzy Racing dari awal pembabitan sehinggalah sekarang...
Baca jangan tak baca....

2006
Team MINGGUAN SUKAN YUZY DPP Racing Team
Machine MZ Mantiz
Total Riders 3
Category Wiraepg
2007
Team MINGGUAN SUKAN YUZY DPP Racing Team
Machine Yamaha
Total Riders 6
Category Wiraepg
Achievements 3rd Riders Overall Wiraepg
2008
Team MODENAS YUZY PACHI RACING
Machine Modenas
Total Riders 6
Category Expert, NovisdanWiraepg
Achievements 5th Overall NovisTeam Award
2009
Team MODENAS YUZY PACHI RACING
Machine Modenas
Total Riders 8
Category Expert danNovis
Achievements 2nd Overall NovisTeam Award
2010
Team MODENAS YUZY PACHIE RACING
Machine Modenas
Total Riders 6
Category CP130 danCP115





2011
Team PACHIE YUZY HONDA RACING
Machine Honda Wave (110 and X125)
Total Riders 4
Category CP130 danCP115




Siapa Shahrol Yuzy?


buat permulaan admin memperkenalkan siapa MasterMind disebalik Yuzy Racing. bagi yang meminati Sukan
permotoran Malaysia, SHAHROL YUZY  bukan suatu nama yang asing..sedangkan admin masa diusia remaja yang kurang pendedahan didalam dunia sukan permotoran pun boleh kenal, tapi kalau dah tak minat tak leh cakaplah kan. Malas cakap banyak..bacalah profil beliau kat bawah nie yee....


Name: ShahrolYuzyAhmad Zaini
Date Of Birthy: 23 Januari1976(TelukIntan,Perak)
Home: SaujanaPuchong, Selangor
MOTORSPORTS CAREER:-
2011 Team Manager PACHIE YUZY HONDA RACING
2010 Team Manager MODENAS YUZY PACHIE RACING
2009 • Team Manager MODENAS YUZY PACHI RACING
• Program CochWilcardMotoGPMalaysia
2008 Team Manager MODENAS YUZY PACHI RACING
2007 Team Manager MINGGUAN SUKAN YUZY DPP
Racing Team
2006 Team Manager MINGGUAN SUKAN YUZY DPP
Racing Team
2003-2005 PetronasSprintaTeamCoch
2000-2002 World MotocycleChampionship (MotoGP)
Rider 250cc
1997-1999 FIM European Championship & Spanish
Road Racing Rider
1996 Asia Champion -Asia Motorcycle FIM Road Racing
Championship
1996 150cc Champion -Best of Malaysian Championship
1995 NovisChampion -Best of Malaysian Championship
1993 RXZ -Best of Malaysian Championship

berikut sedikit gambar2 semasa zaman emas beliau....




Kini legasinya di motoGP diteruskan oleh anak didiknya sendiri iaitu Zulfahmi...


kalau nak cerita pasal SIAPA SHAHROL YUZY nie memang tak abis, jadi nielah serba sedikit tentang diri beliau...piece.....

Monday 25 April 2011

Wassup Bro!

Salam Sejahtera diucapkan kepada yang sudi melawat blog ini. yelah selama nie asyik berfacebook je, teringin gak nak masukkan Yuzy Racing kedalam dunia blogger nie...bukan nak cari glamour tapi nak jadikan Yuzy Racing a.k.a Pachie Yuzy Honda Racing nie sebagai pasukan yang bergerak seiringan dengan peredaran zaman...Ini jugak sebagai percubaan yang pertama admin nak ceburi dunia blogger(hahaha bro yuzy sebenarnya tak tahu lagi nie)..Ape2 pun test2..1.2..3........