Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Thursday 28 July 2011

Pusingan 6 , 2011 Malaysian Cub Prix Championship


Alor Setar, Kedah adalah merupakan destinasi bagi Pusingan ke 6 bagi Kejohanan Malaysian Cub
Prix 2011 yang berlangsung pada 22 Julai 2011 hingga 23 Julai 2011 yang mana jatuhnya hari Jumaat dan
Sabtu.




Pihak pengurusan sekali lagi membuat perubahan drastik dimana membawa masuk tenaga baru iaitu pelumba
yang dilepaskan oleh pasukan ZAR Motorsport iaitu Wan Hadri Wan Mokhtar yang lebih mesra dengan
gelaran WAN. Anak muda yang berasal dari Terengganu tetapi menetap di Kuala lumpur ini memilih 39
sebagai nombor tuahnya yang mana beliau mengantikan tugas #11 YO yang direhatkan atas sebab 
pretasinya yang kurang konsisten didalam cabaran CP115.



Walaubagaimanapun Wan yang masih baru dalam pengendalian jentera Honda gagal menempatkan diri 
di Final CP 115 tetapi secara praktikalnya beliau mampu menyinar bersama Pachie Honda Yuzy Racing
dimasa akan datang. Nasib yang sama juga dialami oleh #88 Faris yang masih belum mampu meletakkan
penyertaannya didalam saigan Final CP 115.














Didalam saingan CP130 pula, #22 Zaqhwan Zaidi yang kebiasaannya mampu beraksi di SuperPole gagal
berbuat demikian untuk Pusingan 6 ini kerana beberapa masalah jenteranya yang membataskan beliau untuk
meletakkan sandaran terbaik buat pasukan dengan menyaksikan beliau hanya mampu menempatkan diri di 
petak ke 17 di Final CP130 dan Amir seperti di pusingan yang sebelumnya hanya mampu menempatkan
dir dan jentaranya pada petak ke 13. 

Pada perlumbaan akhir CP130, berbekalkan semangat yang ada serta rangsangan yang kuat dari pasukan
#22 Zaqhwan yang bermula di petak ke 17 menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 10 manakala #11Amir
dikedudukan ke 12 dan ternyata musim nie sukar bagi para pelumba untuk mendominasikan tahta Juara yang
mana setiap pelumba di dalam kategori CP130 mampu merampaskan takhta tersebut, yang mana pada 
Pusingan 6 ini menyaksikan pasukan Global Bike berjaya meletakkan pelumbanya di pentas podium.









Secara keseluruhannya , Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang sedikit kecewa dengan keputusan di Pusingan 6 ini
sudah mula membuat perancangan baru yang bakal di bawanya pada pusingan yang seterusnya di 
Kluang, Johor nanti.Beliau juga menyatakan ingin melupakan seketika kejohanan ini dan lebih menenumpukan
perhatian dan merancang strategi untuk Kejohanan Asia Road Racing 2011 yang bakal berlangsung di 
Madras International Circuit, Chennai, India yang bakal berlangsung pada 4 August 2011 - 7 August 2011.
Sama-samalah kita doakan kejayaan bakal diperolehi disana.AMIN...

Monday 4 July 2011

Mesej Shahrol Yuzy Suatu ketika Dahulu

Puas kami mencari sumber video ini, dan hari ini akhirnya kami menjumpai di dalam rangkaian Youtube yang
disumbangkan oleh pemegang akaun bernama 
Terima Kasih diucapkan


Sunday 3 July 2011

RUMUSAN SEPARUH MUSIM PERTAMA 2011: CP130


Separuh musim pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 jelas begitu sengit apabila empat pelumba berbeza muncul juara bagi lima pusingan yang telah berlangsung. Mendahului kedudukan CP130 ketika ini ialah Norizman Ismail dengan 79 mata. Pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu merupakan pelumba paling dominan dalam kategori premier ini dengan memenangi dua pusingan berturut-turut menakluki litar Putrajaya (Pusingan 4) dan Teluk Intan (Pusingan 5). Kita imbas kembali apa yang berlaku.

Pusingan 1- Kangar, Perlis

Pelbagai ramalan dibuat pada awal musim setelah juara kategori CP130, Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) mengumumkan persaraannya dari Cub Prix selain dengan kehadiran pelumba-pelumba baru yang beralih ke kategori yang lebih tinggi ini.

Pusingan pembukaan menyaksikan pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM Racing bermula cemerlang apabila Mohd Ramdan Mohd Rosli dan Mohd Zamri Baba dengan mudah menguasai Pusingan 1 di Stadium Utama Kangar, Perlis.

Zamri yang bermula di petak pertama setelah mencatat masa terpantas ketika sesi Superpole yang diperkenalkan buat pertama kali gagal menggunakan kelebihannya sekaligus memberi ruang buat rakan mudanya, Ramdan mengetuai perlumbaan.

Kedua-dua pelumba AHM bersaing sesama sendiri sebelum Ramdan berjaya melintasi garisan penamat sebagai juara dengan catatan 10:53.301s, 1.902s dihadapan Zamri (10:55.203s). Kemenangan ini juga membolehkan Ramdan memadam rekod Hafizh sebagai pelumba termuda yang memenangi perlumbaan CP130.

Permulaan baik buat Elly Idzlianizar Ilias dari Global Bike Rock Oil turut disia-siakan apabila peluang untuk menjejakkan kaki di atas podium gagal setelah terbabit dengan kemalangan seawal pusingan pertama.

Sementara itu, pelumba Pachie Yuzy Honda Racing, Mohd Zaqhwan Zaidi mencatat keputusan membanggakan buat pasukannya apabila meraih podium pertama dalam perlumbaan kategori utama selepas bersaing sengit dengan Mohd Affendi Rosli (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) untuk berada di tempat ketiga dengan masa 10:59.292s.

Pusingan 2- Batu Kawan, Pulau Pinang

Ekoran kecederaan pada kaki, Ramdan terpaksa menarik diri dari Pusingan 2 dan ini sekaligus memudahkan kerja pelumba veteran Ahmad Fazli Sham merangkul gelaran juara.

Pelumba 29 tahun itu yang berpindah dari Yamaha Maju Motor Racing ke Pennzoil Fastrac Racing bermula cukup pantas memintas Zamri yang bermula dari petak pertama sebaik pelumba-pelumba dilepaskan. Zamri berjaya mengejar namun prestasinya menurun secara tiba-tiba sehingga berjaya dikejar oleh Affendi yang berada di kedudukan ketiga.

Nasib Zamri semakin malang apabila gagal mengawal jenteranya sehingga terjatuh pada pusingan keenam. Dia berjaya meneruskan perlumbaan selepas insiden tersebut namun terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal pada pusingan ke-11.

Fazli menamatkan perlumbaan Pusingan 2 dengan masa keseluruhan 14:03.519s, 8.767s dihadapan Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) yang berada di tempat kedua setelah Affendi dikenakan penalti 30 saat kerana melakukan kesalahan jump start. Rakan pasukan Muhaimin, Ahmad Fuad Baharudin pula menduduki tempat ketiga. Kedua-dua pelumba ini melakukan catatan 14:12.286s dan 14:13.400s.

Pusingan 3- Kuala Terengganu, Terengganu

Azlan Shah Kamaruzaman berjaya menamatkan penantiannya untuk menjuarai kategori utama pada Pusingan 3 di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu

Permulaan kurang baik Azlan menyebabkan dia ketinggalan kepada Fazrul yang menampilkan prestasi baik sepanjang minggu untuk berada di hadapan. Dua pelumba ini bersaing sengit sehingga berbaki satu pusingan Fazrul melakukan sedikit kesilapan membolehkan Azlan menggunakan kesempatan itu untuk memintas.

Pelumba Harian Metro SCK Honda Racing itu menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 10:30.007s manakala Ahmad Fazrul Sham (Pennzoil Fastrac Racing) mencatatkan 10:31.071s untuk berada di tempat kedua manakala Fuad di tempat ketiga dengan masa keseluruhan 10:32.129s.

Pusingan 4- Putrajaya, Wilayah Persekutuan

Rakan sepasukan Norizman dan Affendi menamatkan Pusingan 4 dengan senyuman lebar apabila berjaya meraih kedudukan 1-2 kategori CP130 yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.

Dianjurkan bersempena Hari Belia Negara, pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu mempamerkan aksi hebat sepanjang minggu dan Norizman yang bermula di petak pertama menggunakan kelebihan itu untuk segera menjarakkan diri dari Affendi dan Zamri yang berada di belakangnya.

Nekad untuk mendapatkan keputusan terbaik, kedua-dua pelumba itu tidak teragak-agak untuk memecut ke hadapan. Keberkesanan jentera Honda mereka turut memberi kelebihan untuk menjarakkan diri dari pesaing.

Norizman melintasi garisan sebagai juara dengan catatan masa keseluruhan 13:14.511s. Affendi di tempat kedua ketinggalan 3.030s dengan catatan 13:17.541s manakala Fazrul yang bermula di petak kelapan berada di tempat ketiga dengan masa 13:20.795s.

Pusingan 5- Teluk Intan, Perak

Persaingan menarik berlaku di Teluk Intan, Perak apabila juara bertahan, Hafizh kembali beraksi dan begitu juga dengan Ramdan yang baru pulih dari kecederaan kaki. Walau bagaimanapun, ia tidak mampu menghalang Norizman dari mencatat kejayaan keduanya.

Namun kemenangan pelumba 26 tahun itu bukan sesuatu yang mudah. Walaupun bermula dengan baik dan mendahului perlumbaan, Hafizh dan Ramdan memberikan tentangan hebat untuk merebut kedudukan di atas podium.

Ketiga-tiga pelumba dilihat bertukar kedudukan pendahulu namun dengan tekanan yang memuncak, berlaku perlanggaran diantara Hafizh dan Zamri yang berada di kedudukan keempat menyebabkan mereka ketinggalan kepada pelumba-pelumba di hadapan.

Dengan dua pelumba jauh ketinggalan, Norizman berjaya menjarakkan diri daripada Ramdan dan seterusnya menamatkan perlumbaan 14 pusingan itu dengan masa keseluruhan 13:33.186s. Tambahan 25 mata yang diperoleh meletakkan Norizman agak selesa sebagai pendahulu Kejuaraan dengan 79 mata.

Ramdan pula muncul tempat kedua dengan 13:35.854s diikuti Azlan Shah ketiga dengan 13:42.589s.

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

Saturday 2 July 2011

Kedudukan Yuzy Racing (setakat Pusingan ke 5, 2011 MCP & Pusingan 2, 2011 ARRC)

Klik di gambar untuk full view...

2011 ARRC (setakat Round 2 Sentul, Indonesia)

Round 5, Malaysian Cub Prix Championship

Teluk Intan merupakan destinasi seterusnya bagi Pusingan 5, Malaysian Cub Prix yang mana ianya diadakan
bagi kali kedua, Ini merupakan suatu yang bermakna bagi Shahrol Yuzy kerana Teluk Intan merupakan
tanah kelahirannya dan temapat dimana ia membesar dan memulakan kariernya sebagai pelumba amatur
hinggalah ke pelumba bertaraf dunia.




Pusingan 5 juga menyaksikan kehadiran semula juara CP130 2010 iaitu Hafizh Syahrin yang mana 
menambahkan lagi persaingan didalam CP130.


Berbalik pada perkembangan Pachie Honda Yuzy Racing, persiapan dilakukan seperti biasa dimana 
berbekalkan  62 mata, misi kali ini lebih menekankan kedudukan pasukan dengan sasaran 
mengumpulan mata diutamakan oleh Shahrol Yuzy.


Bagi kategori CP 115, Amirul Azizi (YO) dan Mohd Faris masih lagi belum mampu melayakkan diri
di starting grid Final. Keputusan ini juga amat merisaukan Shahrol Yuzy yang mana setakat ini tiada
apa-apa lagi perkembangan yang boleh dibanggakan bagi kategori tersebut.


Selain itu juga Shahrol Yuzy juga telah mejayakan Klinik Perlumbaan Cub Prix untuk warga Teluk Intan
yang ingin megetahui perkara asas didalam dunia perlumbaan cub prix.


Keputusan di Teluk Intan dilihat sebagai mengulangi episod yang sebelumnya yang mana Zaqhwan 
mencatatkan keputusan yang baik untuk ke Superpole dengan catatan masa ke 6 terpantas manakala Amir
sekadar menduduki tempat ke 12 untuk petak permulaan Final CP130. Di pusingan ini juga Shahrol Yuzy
juga memperkenalkan penampilan baru pada jentera Pachie Honda Yuzy Racing.


Ternyata persaingan di Teluk Intan ini mempamerkan aksi yang sengit dimana banyak insiden yang 
tidak dijangka berlaku sepanjang perlumbaan yang mana Zaqhwan dan Amir terjatuh akibat kehilangan 
kawalan jentera namun berjaya menamatkan perlumbaan dengan kedudukan yang sama seperti pada petak
permulaan mereka iaitu ditempat ke 6 bagi Zaqhwan dan 12 bagi Amirul.Walaupun harapan tidak 
diletakkan begitu tinggi untuk ke Podium namun kekecewaan itu tetap menyelubungi pasukan Yuzy Racing
dan pastinya ianya bukan jalan noktah bagi sepasukan memperbaiki untuk Pusingan seterusnya.