Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Wednesday 18 May 2011

Majlis Perasmian Malaysia Cub Prix Championship 2011

Di adakan di Double Tree By Hilton, KL, menyaksikan beberapa pasukan baru muncul menjadikan keseluruhan sebanyak 27 pasukan berbanding 21 pada tahun sebelumnya tetapi bukan itu yang dinantikan oleh kami semua.
Menjadi tanda tanya bagaimana Yuzy Racing selepas bersama Modenas selama 3 tahun..

Dengan dibarisan 2 pelumba lama iaitu #22 Zaqhwan Zaidi dan #77 Amirul Ariff Musa dan 2 pelumba baru iaitu
#66 Afiq Rahmat dan #11 Amirul Azizi (YO) pastinya musim 2011 menyaksikan kebangkitan Yuzy Racing selepas menghadapi kegagalan pada musim 2010.













Dihadiri sendiri oleh Shahrol Yuzy selaku Pengurus Pasukan serta Zaqhwan, Amir, En Zaidi Sabran (ayah Zaqhwan) dan admin, majlis yang berlangsung pada 16 Mac 2011 dilakukan secara tertutup dimana dihadiri wakil setiap pasukan, beberapa pihak media dan beberapa VIP yang terlibat secara langsung dengan event tersebut.