Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Friday, 3 June 2011

Pusingan 1, 2011 Malaysian Cub Prix Championship


Berlokasi buat pertama kali di Perkarangan Stadium Kangar Perlis, menyaksikan
Yuzy Racing lebih bersedia dengan persekitaran yang baru dari segi penampilan dan jenteranya..

Dengan mengekalkan crew 'the mechanic' yang lama dan En Rosdi Mohamad sebagai 'the chief mechanic' 
pastinya pengalaman mereka diperlukan untuk bersama-sama merealisasikan Impian untuk ke Podium.


Sebagai pelumba senior didalam Yuzy Racing, #22 Zaqhwan dan #77 Amir telah diberi kepercayaan untuk menerajui kategori CP130 yang juga dibarisi oleh para pelumba berpengalaman yang lain.
Walaubagaimanapun dengan ketiadaan Juara CP130 musim lepas iaitu Hafizh Sharin, dapat dilihat ianya 
masih ada persaingan sengit dimana Juara CP115 telah diterapkan dalam kategori CP130 ini iaitu Ramdan
Rosli.



Ternyata peluang yang diberikan oleh Pengurus Yuzy Racing iaitu Shahrol Yuzy membuahkan hasil apabila #22 Zaqhwan berjaya merebut Podium ke 3 di Pusingan 1 ini..Ini merupakan kejayan paling manis dan penting bagi Yuzy Racing setelah gagal pada 2010 dan juga membuktikan jentera Honda mampu memberi saigan sengit kepada dominasi Yahama yang selama ini bermaharajalela di Pentas Cub Prix..



Nasib tidak menyebelahi Yuzy Racing apabila jentera didalam kategori CP115 tidak dapat memasuki Final 
apabila jentera tersebut mengalami masalah teknikal ...

TAHNIAH diucapkan kepada #22 Zaqhwan dan crew team hasil usaha mereka yang gigih....



Maklumat lanjut serta lebih banyak gambaran aksi2 mereka di laman Facebook kami iaitu : 






No comments:

Post a Comment