Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Friday, 24 June 2011

Pusingan 2, 2011 Asia Road racing Championship

Selepas menempah nama di Pdium di Pusingan 1(Sepang), tanggal 9 Jun 2011 hingga 12 Jun 2011
bermula nya ARRC di Sentul International Circuit, Bogor, Jakarta Indonesia, buat pertama kalinya
Pachie Honda Yuzy Racing diterbangkan melalui LCCT melalui penerbangan Air Asia Indonesia.


Diketuai oleh Shahrol Yuzy, misi ke Sentul kali ini adalah ingin merapatkan kedudukan serta bersaing
dengan pelumba2 tempatan disana yang mana 6 pasukan dari Indonesia menyertai Wildcard Underbone
115cc.Seperti yang dikhabarkan bukan misi yang mudah untuk merebut Podium disana tetapi cabaran
seharusnya diberikan sehabis mungkin.Ini juga pendedahan terawal bagi 2 pelumba harapan Yuzy Racing
untuk mengenali suasana berlumba luar dari Malaysia.






Ternyata bukan misi yang mudah apabila jentera kedua-dua pelumba ini seawal Pusingan latihan dan 
kelayakkan lagi menghadapi masalah, Zaqhwan dan Amir hanya mampu keluar 2-5 pusingan sahaja
disebabkan beberapa masalah yang melibatkan jentera mereka.



Begitu juga dialami dan hari kedua latihan dan kelayakkan, para mechanic yang dibarisi Chief Rosdi 
Mohamad bertungkus lumus hingga lewat hari bagi memastikan masalah jentera tersebut dapat di
selesaikan.




Pada hari perlumbaan dan berdasarkan cacatan terbaik yang mampu diperolehi, Zaqhwan hanya mampu 
berada petak 17 manakala Amirul Ariff di petak 21,



Walaupun pada mula nya Zaqhwan dan Amir dilihat mampu berada di kelompok hadapan, 10 pusingan dengan jarak lebih kurang 4.3km untuk setiap pusingan , dilihat begitu sukar merampas kedudukan
di hadapan yang mana dikuasai sepenuhnya oleh pasukan-pasukan Indonesia, ternyata Sentul adalah
makanan mereka yang mana kelompok 8 teratas semuanya disapu oleh mereka dan hanya Zaqhwan
mampu berada di tangga ke 11 manakala Amir gagal menamatkan perlumbaan akibat maslah jenteranya.
Walaubagaimana pun Shahrol Yuzy berpuas hati secara keseluruhan dan menasihatkan para pelumbanya
untuk belajar dari kesilapan2 kecil semasa perlumbaan.




Pada Final 2, giliran jentera Zaqhwan pula mengalami masalah walaupun sebelum itu mampu berada di 
kelompok 5 terbaik manakala Amir yang jatuh pertengahan perlumbaan bangkit mengejar kedudukan dan
akhirnya mampu meletakkan dirinya pada tangga 14.Ternyata keputusan ini membuktikan kontijen2
Indonesia gah di Sentul ini.Yuzy Racing akur dan redha dengan keputusan ini pastinya akan bangkit dan
teruskan perjuangan di Madras Circuit..



No comments:

Post a Comment