Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Thursday, 23 June 2011

Pusingan 1, 2011 Asia Road Racing Championship

Ini merupakan penyertaan pertama Yuzy Racing didalam peringkat antarabangsa, berkat sokongan dari pihak
Pachie dan Honda, maka Pachie Honda Yuzy racing melangkah yakin setapak kehadapan dengan
mempertaruhkan Zaqhwan Zaidi dan Amirul Musa sebagai pelumba pasukan di Peringkat ARRC ini.




ARRC adalah dibawah pengurusan TWWR (Two Wheel Motor Racing Sdn Bhd) telah berada di arena
antarabangsa sejak tahun 1996 merupakan platform kepada pelumba2 Asia menonjolkan bakat mereka
di mata dunia luar sebelum berjaya ke acara berprestij seterusnya iaitu motoGP. Shahrol Yuzy juga melalui
peringkat ini sebelum ia dilamar ke arena motoGP..



Bermula di Sepang International Circuit, Malaysia, Shahrol Yuzy mengambil langkah bijak dengan melalui
peringkat bawahan dengan mendedahkan pelumbanya di Peringkat Underbone 115, ini kerana beliau 
ingin kedua2 pelumbanya melalui langkah permulaan dahulu, merasai suasana berlumba di luar negara dan 
ingin para pelumba mengawal situasi berdepan dengan pelumba berbakat dari luar negara.

   
Di ARRC juga Shahrol Yuzy diberikan amanat untuk mengendalikan jentera berkuasa besar bagi acara Pillion 
Ride dimana selebriti atau individu terpilih bagi merasai suasana melalui litar berlumba dimana melalui 
boncengan yang dikendalikan Shahrol Yuzy, Sesi ini berlangsung 2 kali iaitu sehari sebelum perlumbaan Final 
dan semasa hari perlumbaan final, ini adalah salah satu acara sampingan yang disediakan penganjur bagi 
menarik minat untuk orang ramai menyaksikan acara ini.

Berbalik kepada perlumbaan ARRC ini, ternyata Pachie Honda Yuzy Racing mampu memberi tentangan
hebat kepada pelumba2 pengalaman, yang menariknya disini, Final nya di jalankan secara dua kali iaitu sesi pagi dan petang, pada peringkat ujian masa Zaqhwan berjaya menduduki tempat ke 7 dan malang bagi Amir
apabila kedudukannya di petak ke 8 dibatalkan diatas sebab jenteranya kurang berat timbangannya lalui
hanya mampu menduduki tempat ke 23. Pada Final 1, seawal pusingan pertama lagi Zaqhwan sudah terjatuh
manakala Amir yang menunjukan keajaiban dengan dari petak 23 mampu bersaing hingga berada di posisi 4 hadapan tetapi malang juga buatnya apabila perlumbaan berbaki 2 pusingan beliau juga terjatuh.

Pada Final 2 pula, kesilapan pada Final 1 telah mengajar kedua2 pelumba ini untuk lebih tenang dan memberi 
fokus 100% didalam perlumbaan, Hasilnya, berkat usaha gigihnya dan para2 mechanic, bermula di petak 23
Amirul Ariff terus berusaha hingga beliau berjaya berada bersama kumpulan hadapan hanya tidak sampai 5 pusingan..
Akhirnya beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 3, ini merupakan kejayaan bermakna kerana
inilah fakta berasas yang meletakan barisan jentera Honda dan pasukan dibawahnya mampu menyaingi 
jentera lain.Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap crew, tentunya Shahrol Yuzy juga menarik sedikit 
nafas lega kerana titik usahanya membuahkan hasil walaupun baru peringkat permulaan. Tahniah diucapkan

No comments:

Post a Comment