Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Wednesday 22 June 2011

Pusingan 2, 2011 Malaysian Cub Prix Championship

Pusingan 2 yang sepatutnya dilangsungkan di Kuala Terengganu terpaksa ditukar lokasinya ke Perkarangan
Stadium Batu Kawan disebabkan tempoh berkabung selama sebulan untuk menghormati kepemergian ibunda
Sultan Mizan.


Berbekalkan 25 mata yang juga pasukan pada kedudukan kedua terbaik, misi di pusingan ini nampak
lebih meyakinkan Shahrol Yuzy untuk memburu tempat di Podium,.
Zaqhwan yang beraksi cemerlang di Kangar berjaya menduduki petak permulaan ke 6 manakala Amir hanya
berjaya menduduki petak ke 11.
Bagi kategori CP 115 pula, Afiq dan Yo sekali lagi gagal membuktikan kemampuan mereka di Final diatas
sebab kegagalan jentera mereka untuk berfungsi dengan baik.
Peluang untuk menduduki Podium pada pusingan ini sangat cerah dimana ketika Zaqhwan berada pada kedudukan ke 3 selepas beberapa pusingan yang mana pendahulunya Affendi Rosli (SCK) telah dibatalkan 
aksinya akibat Jump Start pada permulaan perlumbaan, manakala kedudukan kedua iaitu FazliSham (penzoil) seperti sukar ditawan kerana telah jauh kehadapan, apabila tempat kedua sudah hampir pasti buat Zaqhwan,
kesilapan kecil pada selekoh kedua terakhir menyebabkan beliau tergelongsor ke bahu track dan disitu
memberikan noktah bahawa Pusingan 2 tiada kejayaan Podium untuk Yuzy Racing dengan hanya tempat ke5 
untuk Amir dan tempat ke 6 untuk Zaqhwan.Walaubagaimana pun Yuzy Racing masih mempertahankan kedudukan Pasukan ditangga kedua dengan markah terkumpul sebanyak 46 markah.



No comments:

Post a Comment