kali pertama Yuzy Racing menjejaki kaki di bumi Japan, dimana perjalanan mengambil masa hampir 12 jam
yang bermula di KLIA dengan 2 kali transit iaitu di Hong Kong dan di Taiwan melalui penerbangan Cathay
Pacific tertapi itu bukan lah penghalang bagi pasukan untuk melengkapkan misi di Pusingan 4 ini.
Dengan litar yang sejauh 3.022km , suhu yang berada sekitar 28-29 degrees adalah suasaha yang amat bagi pelumba menyesuaikan diri di Autopolis, cuma dari segi pemakanan sahaja menimbulkan sedikit masalah
tetapi Shahrol Yuzy telah membekal makanan tempatan agar tahap kesihatan pasukannya berada didalam
kondusi yang baik.
Berbalik pada sesi ujian masa bagi kategori yang disertai pasukan (Underbone 115cc), setelah melalui
2 ujian masa, Zaqhwan hanya mampu berada dikedudukan ke 12 dengan cacatan masa 1minit 34.522saat
manakala Amirul Ariff hanya mampu berada di kedudukan petak ke 15 dengan masa 1minit 34.652saat.
Pada hari perlumbaan yang pertama dengan pelarasan terbaik dilalukan oleh crew pasukanm], Zaqhwan
hanya mampu menghabiskan perlumbaan kedudukan ke 11 dan manakala jentera Amirul Ariff gagal
berfungsi dengan baik ketika perlumbaan yang menyebabkan beliau hanya melalui 3 pusingan sahaja.
Pada perlumbaan kedua pula Zaqhwan yang bermula dengan baik dan mampu mengejar kelompok
dihadapan tetapi sedikit kesilapan ketika melepasi selekoh terakhir pada seawal 4 pusingan menyebabkan
beliau gagal meneruskan perlumbaan, manakala Amirul Ariff berjaya berada kedudukan ke 8 pada
perlumbaan kedua. Seterusnya perlumbaan akan berlangsung pada 14-16 October di Zhuhai, China.