Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Saturday 10 September 2011

ROUND 3, 2011 ASIA ROAD RACING CHAMPIONSHIP

Madras Motor Race track, Chennai India merupakan destinasi ketiga selepas mengharungi pusingan ke 2 di
Indonesiayang mana ianya dilangsungkan pada tanggal 4 Ogos 2011 hingga 7 Ogos 2011 yang juga dimasa
umat Islammenyambut bulan Ramadhan.Perjalanan yang mengambil masa 4 jam dari KLIA - Chennai serta 1
jam untuk sampai ke tempat penginapan perlu ditempuhi.




Dengan cuaca mencecah sehingga 40C ketahan fizikal amat diperlukan didalam meneruskan persaingan ini, 
ditambahkan lagi dengan puasa, pastinya ia bukan suatu tugas yang mudah dilaksanakan lagi-lagi di 
perantauan.
#22 Zaqhwan Zaidi dan #77 Amirul Arif meneruskan cabaran didalam kategori UNDERBONE 115cc
tampak bersedia dengan tugasan yang diberi, begitu juga dengan kewibawaan para mekanik yang mana
sentiasa memberi komiten 100% didalam menghasilkan pelarasan yang terbaik buat pasukan.




Setelah melakukan 2 ujian masa, #22 Zaqhwan Zaidi hanya mampu berada diposisi ke 14 dengan catatan 
masa 02:02.26 minit manakala #77 Amirul Ariff diposisi ke 11 dengan catatan masa   02:02.11 bagi 
kedudukan petak permulaan, walaupun ini bukan cacatan terbaik yang boleh melegakan pasukan namun
semua bergantung kepada kemampuan jentera dan kemahiran individu pelumba tersebut bagi meletakkan 
Yuzy Racing pada kedudukan mata yang terbaik.



Pada perlumbaan 1, #77 Amirul Ariff yang bermula pada petak ke 11, gagal menamatkan perlumbaan apabila
beliau terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan beliau gagal untuk meneruskan perlumbaan, manakala 
#22 Zaqhwan zaidi yang bermula dipetak ke 14 juga gagal menamatkan perlumbaan diatas masalah jentera
Perlumbaan 2 yang berlangsung pada sebelah petang menyaksikan Zaqhwan berjaya berada di kedudukan ke 
9 manakala Amirul Ariff hanya mampu menamatkan perlumbaan pada petak ke 13.
Perlumbaan seterusnya akan diadakan di AutoPolis, Japan pada 8 September 2011- 11 September 2011