Pesanan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini untuk Semua.....(Klik Play untuk mendengar)

Friday 24 June 2011

Pusingan 2, 2011 Asia Road racing Championship

Selepas menempah nama di Pdium di Pusingan 1(Sepang), tanggal 9 Jun 2011 hingga 12 Jun 2011
bermula nya ARRC di Sentul International Circuit, Bogor, Jakarta Indonesia, buat pertama kalinya
Pachie Honda Yuzy Racing diterbangkan melalui LCCT melalui penerbangan Air Asia Indonesia.


Diketuai oleh Shahrol Yuzy, misi ke Sentul kali ini adalah ingin merapatkan kedudukan serta bersaing
dengan pelumba2 tempatan disana yang mana 6 pasukan dari Indonesia menyertai Wildcard Underbone
115cc.Seperti yang dikhabarkan bukan misi yang mudah untuk merebut Podium disana tetapi cabaran
seharusnya diberikan sehabis mungkin.Ini juga pendedahan terawal bagi 2 pelumba harapan Yuzy Racing
untuk mengenali suasana berlumba luar dari Malaysia.






Ternyata bukan misi yang mudah apabila jentera kedua-dua pelumba ini seawal Pusingan latihan dan 
kelayakkan lagi menghadapi masalah, Zaqhwan dan Amir hanya mampu keluar 2-5 pusingan sahaja
disebabkan beberapa masalah yang melibatkan jentera mereka.



Begitu juga dialami dan hari kedua latihan dan kelayakkan, para mechanic yang dibarisi Chief Rosdi 
Mohamad bertungkus lumus hingga lewat hari bagi memastikan masalah jentera tersebut dapat di
selesaikan.




Pada hari perlumbaan dan berdasarkan cacatan terbaik yang mampu diperolehi, Zaqhwan hanya mampu 
berada petak 17 manakala Amirul Ariff di petak 21,



Walaupun pada mula nya Zaqhwan dan Amir dilihat mampu berada di kelompok hadapan, 10 pusingan dengan jarak lebih kurang 4.3km untuk setiap pusingan , dilihat begitu sukar merampas kedudukan
di hadapan yang mana dikuasai sepenuhnya oleh pasukan-pasukan Indonesia, ternyata Sentul adalah
makanan mereka yang mana kelompok 8 teratas semuanya disapu oleh mereka dan hanya Zaqhwan
mampu berada di tangga ke 11 manakala Amir gagal menamatkan perlumbaan akibat maslah jenteranya.
Walaubagaimana pun Shahrol Yuzy berpuas hati secara keseluruhan dan menasihatkan para pelumbanya
untuk belajar dari kesilapan2 kecil semasa perlumbaan.




Pada Final 2, giliran jentera Zaqhwan pula mengalami masalah walaupun sebelum itu mampu berada di 
kelompok 5 terbaik manakala Amir yang jatuh pertengahan perlumbaan bangkit mengejar kedudukan dan
akhirnya mampu meletakkan dirinya pada tangga 14.Ternyata keputusan ini membuktikan kontijen2
Indonesia gah di Sentul ini.Yuzy Racing akur dan redha dengan keputusan ini pastinya akan bangkit dan
teruskan perjuangan di Madras Circuit..



Thursday 23 June 2011

Pusingan 4, 2011 Malaysian Cub Prix Championship

Berlangsung pada 28 May 2011 Pusingan 4 dilansungkan di Presint 3, Putrajaya yang mana buat kali
pertamanya digabungkan bersama Hari Himpunan 1 Juta Belia Malaysia yang tentunya suatu pelajaran
yang baru buat Yuzy Racing mengatur strategi.




Sebelum itu,  dua minggu sebelum Pusingan 4 ini , Pengurus pasukan telah membuat keputusan untuk
merehatkan seorang ridernya iaitu Afiq Rahmat(#66) dan tempatnya diganti oleh pelumba muda dari Taiping,
Perak iaitu Mohd Faris Bin Ahmad Tajuddin  (#88).




Walaupun ianya suatu keputusan yang sukar dibuat dan diterima oleh kedua-dua belah pihak, ianya pastinya
demi kebaikan pasukan dan bukannya provokasi dari mana2 pihak. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Yuzy__8216_hilangsabar__8217_/Article/index_html


Berbalik pada Pusingan 4, pastinya kehadiran faris didalam pasukan diharapkan dapat mengubah persepsi
segelintir individu bahawa jentera CP115 Pachie Honda Yuzy Racing mampu menyinar dalam kelasnya
Walaubagaimana pun Faris yang masih baru didalam arena ini ternyata tidak mampu memberikan tumpuan
yang baik ketika perlumbaan terlepas peluang untuk ke Final apabila melalukan jump clutch (melepas clucth terlalu awal) sewaktu lampu perlepasan dinyalakan  yang menyebabkan motornya berhenti berfungsi  dan
gagal menghidupkan semula.Pastinya beliau begitu kecewa dan begitu juga Pengurusnya.



Episod malang tersebut berterusan apabila Yo (#11) juga buat keempat kalinya gagal mara ke Final, Amir 
sepatutnya bermula di petak ke 13, terpaksa melupakan hasratnya apabila jentera gagal berfungsi di saat
-saat akhir dan Zaqhwan yang bermula cemerlang di petak ke 3, jatuh seawal pusingan kedua di selekoh
kedua terakhir .



Secara keseluruhannya, Yuzy Racing tidak berjaya membawa sebarang kutipan mata dengan menjadikan
jumlah mata kekal 62mata yang mana menyaksikan Pachie Honda Yuzy Racing jatuh ketangga 4 dari 7
pasukan pengeluar.Manakala Zaqhwan jatuh ke tangga ke 6 terbaik dan Amir ditangga ke 13.





Pusingan 3, 2011 Malaysian Cub Prix

Setelah ditangguhkan untuk venue Pusingan 2, Kuala Terengganu ditempatkan sebagai lokasi untuk Pusingan
3 yang mana Perkarangan Stadium Sultan Mizan menjadi medan untuk setiap pasukan mengukuhkan
kedudukan masing-masing didalam MCP ini.



Track di KT ini sesungguhnya memerlukan skill dan ketahanan motor yang sempurna yang mana boleh dikategori kan track tactical, bagi Zaqwan beliau tidak banyak menghadapi masalah untuk berikan terbaik
di track ini dan Amir mengambil langkah Playsafe untuk memberi ruang kepada Zaqhwan untuk berada
dihadapan.



Bagi CP115, sekali lagi Yo gagal layak ke Final diatas masalah jenteranya yang berulang, manakala Afiq 
Rahmat yang menunggang jentera #66 berjaya layak ke Final.Walaubagaimanapun beliau hanya berjaya 
menamatkan perlumbaan di tangga ke 16.


Bagi Final CP130 pula, Zaqhwan berjaya duduk di petak ke 3, manakala Amir di petak ke 13 tetapi malang 
sekali lagi buat Zaqhwan apabila setelah menempuh 4-5 pusingan, jentera seakan hilang momentum untuk 
membuat pecutan jarak pendek dan pada garisan penamat beliau hanya berjaya berada di tempat ke 5
manakala Amir pula hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke 11.Ini memandangkan litar ini
mempunyai ruang yang kecil untuk melakukan pintasan dan ini diambil pelumba untuk lebih fokus dengan
 setiap selekoh yang dibuat...



Dengan keseluruhan mata terkumpul sebanyak 36 mata bagi Zaqhwan serta 25 mata terkumpul dari Amir,
kini Pachie Honda Yuzy Racing masih memduduki tangga ke 2 didalam ranking pasukan iaitu sebanyak 62
mata berjaya diperolehi..Tahniah diucapkan..



Pusingan 1, 2011 Asia Road Racing Championship

Ini merupakan penyertaan pertama Yuzy Racing didalam peringkat antarabangsa, berkat sokongan dari pihak
Pachie dan Honda, maka Pachie Honda Yuzy racing melangkah yakin setapak kehadapan dengan
mempertaruhkan Zaqhwan Zaidi dan Amirul Musa sebagai pelumba pasukan di Peringkat ARRC ini.




ARRC adalah dibawah pengurusan TWWR (Two Wheel Motor Racing Sdn Bhd) telah berada di arena
antarabangsa sejak tahun 1996 merupakan platform kepada pelumba2 Asia menonjolkan bakat mereka
di mata dunia luar sebelum berjaya ke acara berprestij seterusnya iaitu motoGP. Shahrol Yuzy juga melalui
peringkat ini sebelum ia dilamar ke arena motoGP..



Bermula di Sepang International Circuit, Malaysia, Shahrol Yuzy mengambil langkah bijak dengan melalui
peringkat bawahan dengan mendedahkan pelumbanya di Peringkat Underbone 115, ini kerana beliau 
ingin kedua2 pelumbanya melalui langkah permulaan dahulu, merasai suasana berlumba di luar negara dan 
ingin para pelumba mengawal situasi berdepan dengan pelumba berbakat dari luar negara.

   
Di ARRC juga Shahrol Yuzy diberikan amanat untuk mengendalikan jentera berkuasa besar bagi acara Pillion 
Ride dimana selebriti atau individu terpilih bagi merasai suasana melalui litar berlumba dimana melalui 
boncengan yang dikendalikan Shahrol Yuzy, Sesi ini berlangsung 2 kali iaitu sehari sebelum perlumbaan Final 
dan semasa hari perlumbaan final, ini adalah salah satu acara sampingan yang disediakan penganjur bagi 
menarik minat untuk orang ramai menyaksikan acara ini.

Berbalik kepada perlumbaan ARRC ini, ternyata Pachie Honda Yuzy Racing mampu memberi tentangan
hebat kepada pelumba2 pengalaman, yang menariknya disini, Final nya di jalankan secara dua kali iaitu sesi pagi dan petang, pada peringkat ujian masa Zaqhwan berjaya menduduki tempat ke 7 dan malang bagi Amir
apabila kedudukannya di petak ke 8 dibatalkan diatas sebab jenteranya kurang berat timbangannya lalui
hanya mampu menduduki tempat ke 23. Pada Final 1, seawal pusingan pertama lagi Zaqhwan sudah terjatuh
manakala Amir yang menunjukan keajaiban dengan dari petak 23 mampu bersaing hingga berada di posisi 4 hadapan tetapi malang juga buatnya apabila perlumbaan berbaki 2 pusingan beliau juga terjatuh.

Pada Final 2 pula, kesilapan pada Final 1 telah mengajar kedua2 pelumba ini untuk lebih tenang dan memberi 
fokus 100% didalam perlumbaan, Hasilnya, berkat usaha gigihnya dan para2 mechanic, bermula di petak 23
Amirul Ariff terus berusaha hingga beliau berjaya berada bersama kumpulan hadapan hanya tidak sampai 5 pusingan..
Akhirnya beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 3, ini merupakan kejayaan bermakna kerana
inilah fakta berasas yang meletakan barisan jentera Honda dan pasukan dibawahnya mampu menyaingi 
jentera lain.Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap crew, tentunya Shahrol Yuzy juga menarik sedikit 
nafas lega kerana titik usahanya membuahkan hasil walaupun baru peringkat permulaan. Tahniah diucapkan

Wednesday 22 June 2011

Pusingan 2, 2011 Malaysian Cub Prix Championship

Pusingan 2 yang sepatutnya dilangsungkan di Kuala Terengganu terpaksa ditukar lokasinya ke Perkarangan
Stadium Batu Kawan disebabkan tempoh berkabung selama sebulan untuk menghormati kepemergian ibunda
Sultan Mizan.


Berbekalkan 25 mata yang juga pasukan pada kedudukan kedua terbaik, misi di pusingan ini nampak
lebih meyakinkan Shahrol Yuzy untuk memburu tempat di Podium,.
Zaqhwan yang beraksi cemerlang di Kangar berjaya menduduki petak permulaan ke 6 manakala Amir hanya
berjaya menduduki petak ke 11.
Bagi kategori CP 115 pula, Afiq dan Yo sekali lagi gagal membuktikan kemampuan mereka di Final diatas
sebab kegagalan jentera mereka untuk berfungsi dengan baik.
Peluang untuk menduduki Podium pada pusingan ini sangat cerah dimana ketika Zaqhwan berada pada kedudukan ke 3 selepas beberapa pusingan yang mana pendahulunya Affendi Rosli (SCK) telah dibatalkan 
aksinya akibat Jump Start pada permulaan perlumbaan, manakala kedudukan kedua iaitu FazliSham (penzoil) seperti sukar ditawan kerana telah jauh kehadapan, apabila tempat kedua sudah hampir pasti buat Zaqhwan,
kesilapan kecil pada selekoh kedua terakhir menyebabkan beliau tergelongsor ke bahu track dan disitu
memberikan noktah bahawa Pusingan 2 tiada kejayaan Podium untuk Yuzy Racing dengan hanya tempat ke5 
untuk Amir dan tempat ke 6 untuk Zaqhwan.Walaubagaimana pun Yuzy Racing masih mempertahankan kedudukan Pasukan ditangga kedua dengan markah terkumpul sebanyak 46 markah.